Saturday, April 12, 2008

SELEPAS PILIHANRAYA

Syukur kita telah berjaya memenangkan parti PAS di DUN chempaka, syukur juga PAS telah menang di DUN CHEMPAKA Kelantan dimana Tok Guru Nik Aziz bertanding dan juga di DUN Chempaka Selangor dimana Iskandar juga telah menang apabila pertama kali bertanding di kerusi tersebut setelah percubaan pertama di Dun lembah Jaya pada PRU ke 10 dan Parlimen Pandan pada PRU ke 11 gagal.

Kemenangan ini saya sifatkan sebagai berpunca dari kelemahan pihak lawan dan bukan kekuatan dari pihak PAS, namun ini telah disangkal oleh ramai pimpinan PAS kawasan kerana mereka berasakan gerak kerja kali ini lebih tersusun berbanding beberapa pilihanraya yang lalu. Hanya mereka yang terlibat dapat membuat komen masing2.

Sebelum ini saya selalu memberi jawapan kepada para sahabat nanti selepas pilihanraya kita ada masa untuk bersama lebih sikit untuk urusan surau, alumni ataupun persatuan perajurit namun selepas pilihanraya masa saya tetap terhad kerana undangan dari shabat2 yang mengadakan jamuan kemenangan dan aktiviti lain. Ini telah menambah kesibukan jadual harian saya yang sememangnya bekerja shift. Kefahaman dari rakan-rakan atas kegagalan untuk bersama jemaah surau atau rakan sekerja amat lah diperlukan.

Kemenangan PAS di DUN Chempaka dan DAP di DUN Teratai dimana tempat tinggal saya disini. Namun gagal untuk memenagi kerusi Parlimen Pandan yang disandang oleh Datuk Ong Tee Kiat dimana beliau berjaya untuk menjadi wakil tunggal BN sebagai pilihan rakyat pandan.
Beliau sebagai ahli parlimen kurang menjadi tumpuan kepada saya mungkin kerana masyarakat lebih kerap mencari ADUN untuk menyelesaikan masalah tempatan berbanding ahli Parlimen. Jadi apabila kemenangan berpihak kepada kita maka kita perlulah mencerminkan karektor yang baik kerana kita adalah ahli kumpulan kepada parti yang kita war-warkan baik. Untuk orang suka kapada parti kita,, mereka tidak akan baca manifesto atau perlembagaan hingga selesai pun , mereka akan dengar apa orang kata, apa yang dia nampak dan apa yang kita buat .

Jadi kita adalah wakil kepada parti kita secara langsung ditengah masyarakat.