Dah lama x buka laman sini, hari ni baru berpeluang untuk menjeguk kelaman sini, mlm tadi telah berlangsung mesyuarat persediaan untuk mesyuarat agung Pas Kawasan pandan pada april nanti, semua nampak seperti berjalan lancar, itulah yang diharapkan.
Tahun ni agak menarik sebab saya terlibat dari dalam dan mula merasakan bukan ler suatu yang indah memegang jawatan didalam Parti seperti yang direbut2kan dalam parti UMNO itu sendiri. Mungkin dengan ilmu yang sedikit pada ahli parti PAS itu sendiri sudah memadai untuk ramai ahli yang ada itu mengambil sikap berhati2 agar tidak perlu memegang jawatan kerana amanah mendaulatkan agama Allah ini amat berat tanggungjawab nya.
namun jangan lah sebab beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul hinggakan banyak jawatan yang ada terpaksa dipikul oleh orang yang sama.....
Selamat bersidang kepada semua PAS cawangan dan Kawasan agar pemilihan pada tahun ini dapatlah kiranya kita melantik mereka yang berkemampuan dalam memenuhi barisan hadapan PAS Kawasan Pandan.....
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)