Selamat datang lagi.....
Selamat datang kembali kepada blog ini yang telah lama ditinggalkan....
Selamat datang kembali juga kepada bulan ramadan yang bakal tiba x lama lagi....
Monday, June 16, 2014
Wednesday, March 18, 2009
AGM PAS PANDAN
Dah lama x buka laman sini, hari ni baru berpeluang untuk menjeguk kelaman sini, mlm tadi telah berlangsung mesyuarat persediaan untuk mesyuarat agung Pas Kawasan pandan pada april nanti, semua nampak seperti berjalan lancar, itulah yang diharapkan.
Tahun ni agak menarik sebab saya terlibat dari dalam dan mula merasakan bukan ler suatu yang indah memegang jawatan didalam Parti seperti yang direbut2kan dalam parti UMNO itu sendiri. Mungkin dengan ilmu yang sedikit pada ahli parti PAS itu sendiri sudah memadai untuk ramai ahli yang ada itu mengambil sikap berhati2 agar tidak perlu memegang jawatan kerana amanah mendaulatkan agama Allah ini amat berat tanggungjawab nya.
namun jangan lah sebab beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul hinggakan banyak jawatan yang ada terpaksa dipikul oleh orang yang sama.....
Selamat bersidang kepada semua PAS cawangan dan Kawasan agar pemilihan pada tahun ini dapatlah kiranya kita melantik mereka yang berkemampuan dalam memenuhi barisan hadapan PAS Kawasan Pandan.....

Saturday, April 12, 2008
SELEPAS PILIHANRAYA
Syukur kita telah berjaya memenangkan parti PAS di DUN chempaka, syukur juga PAS telah menang di DUN CHEMPAKA Kelantan dimana Tok Guru Nik Aziz bertanding dan juga di DUN Chempaka Selangor dimana Iskandar juga telah menang apabila pertama kali bertanding di kerusi tersebut setelah percubaan pertama di Dun lembah Jaya pada PRU ke 10 dan Parlimen Pandan pada PRU ke 11 gagal.
Kemenangan ini saya sifatkan sebagai berpunca dari kelemahan pihak lawan dan bukan kekuatan dari pihak PAS, namun ini telah disangkal oleh ramai pimpinan PAS kawasan kerana mereka berasakan gerak kerja kali ini lebih tersusun berbanding beberapa pilihanraya yang lalu. Hanya mereka yang terlibat dapat membuat komen masing2.
Sebelum ini saya selalu memberi jawapan kepada para sahabat nanti selepas pilihanraya kita ada masa untuk bersama lebih sikit untuk urusan surau, alumni ataupun persatuan perajurit namun selepas pilihanraya masa saya tetap terhad kerana undangan dari shabat2 yang mengadakan jamuan kemenangan dan aktiviti lain. Ini telah menambah kesibukan jadual harian saya yang sememangnya bekerja shift. Kefahaman dari rakan-rakan atas kegagalan untuk bersama jemaah surau atau rakan sekerja amat lah diperlukan.
Kemenangan PAS di DUN Chempaka dan DAP di DUN Teratai dimana tempat tinggal saya disini. Namun gagal untuk memenagi kerusi Parlimen Pandan yang disandang oleh Datuk Ong Tee Kiat dimana beliau berjaya untuk menjadi wakil tunggal BN sebagai pilihan rakyat pandan.
Beliau sebagai ahli parlimen kurang menjadi tumpuan kepada saya mungkin kerana masyarakat lebih kerap mencari ADUN untuk menyelesaikan masalah tempatan berbanding ahli Parlimen. Jadi apabila kemenangan berpihak kepada kita maka kita perlulah mencerminkan karektor yang baik kerana kita adalah ahli kumpulan kepada parti yang kita war-warkan baik. Untuk orang suka kapada parti kita,, mereka tidak akan baca manifesto atau perlembagaan hingga selesai pun , mereka akan dengar apa orang kata, apa yang dia nampak dan apa yang kita buat .
Jadi kita adalah wakil kepada parti kita secara langsung ditengah masyarakat.

Friday, February 8, 2008
BILA PILIHANRAYARAYA?
saya merasa seronok mengenang hari piliharaya makin hampir bila melalui bilik gerakan petugas piliharaya sama ada kepunyaan Barisan Nasional mahupun kepunyaan PAS, namun sedikit sangat kepunyaan PAS berbanding Barisan Nasional. Sama ada jumlah lampu atau pun bendera memang nampak berbeza yang ketara.
Jadi saya rasa tertanya juga mengapa jadi begini? adakah PAS tidak mahu menang ataupun memang PAS mengharapkan bantuan dari JIN untuk menang ataupun memang PAS kurang petugas? Saya merasakan PAS terlalu redha dan ramai ahli yang suka berserah pada takdir agaknya. Mengapa ahli PAS tidak keluar untuk merancang sesuatu yang dapat membantu memenangkan calon PAS? Adakah mereka redha dengan kemenangan wakil Barisan Nasional?

Saturday, February 2, 2008
INDAH NYA BULAN
Saya terpanggil untuk menulis sesuatu walauppun tak menulis secara tetap tetapi itu adalah satu kerja yang penting yang mana telah dilakukan oleh imam-imam besar lalu dan juga para cendekiawan yang lain. Budaya membaca juga telah kurang disemaikan dalam masyarakat kita dimana ini mungkin perlu dijadikan agenda bersama demi masa hadapan.
Mungkin elok kita mengimbas kenangan lalu untuk kegunaan kita membuat pedoman dalam membuat keputusan. Beberapa tahun yang lalu saya tinggal berdekatan dengan sebuah surau dimana abang saya merupakan bendahari surau tersebut. Akibat kesibukan dengan urusan perniagaan saya telah membantu beliau untuk menguruskan wang sagu hati kepada ustaz yang mengajar di surau tersebut. Disini membuatkan saya seolah-olah menjadi orang surau walaupun pada usia awal 20an. Saya telah tertarik untuk terus menyumbang masa dan tenaga walaupun bukan harta kerana kemampuan yang terhad untuk terus memakmurkan surau tersebut.
Saya teringat beberapa tahun sebelum arwah abah kembali kerahmatullah pada 1986 beliau telah menjadikan rumah kami sebagai surau dimana kami anak beranaklah yang bersolat di situ. Cuma setiap minggu ada ustaz yang dibawa khas untuk mengajar dan beliau akan memanggil jiran dan taulan untuk bersama-sama menuntut samada ilmu feqah mahupun tauhid. Beliau bukanlah seorang yang alim namun kemahuan pada Islam itu memang patut dicontohi dan tanpa sedar saya telah berjinak dengan tugas menjaga surau ketika mula memasuki sekolah berasrama. Ketika itu saya berada di tingkatan satu saya dilantik menjadi AJK Surau walau pun masih ada 98 orang pelajar yang lain saya telah dipilih bersama seorang sahabat lain. Ketika mamasuki Tingkatan Empat saya telah bertukar kesekolah harian dan disana juga saya telah dilantik untuk menjadi Pengerusi Surau sekolah.
Surau adalah tempat yang paling sesuai untuk kita menghadirkan diri kerana ia juga merupakan rumah Allah dan sekiranya kita suka kerumah Allah insayAllah maka kita kejalan yang betul. Walaupun begitu bukanlah semua yang kesurau itu adalah orang yang alim, namun begitu kita tetap perlu bersangka baik moga orang lain juga berbuat begitu pada kita...

Subscribe to:
Posts (Atom)