Saturday, February 2, 2008

INDAH NYA BULAN

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu walauppun tak menulis secara tetap tetapi itu adalah satu kerja yang penting yang mana telah dilakukan oleh imam-imam besar lalu dan juga para cendekiawan yang lain. Budaya membaca juga telah kurang disemaikan dalam masyarakat kita dimana ini mungkin perlu dijadikan agenda bersama demi masa hadapan.

Mungkin elok kita mengimbas kenangan lalu untuk kegunaan kita membuat pedoman dalam membuat keputusan. Beberapa tahun yang lalu saya tinggal berdekatan dengan sebuah surau dimana abang saya merupakan bendahari surau tersebut. Akibat kesibukan dengan urusan perniagaan saya telah membantu beliau untuk menguruskan wang sagu hati kepada ustaz yang mengajar di surau tersebut. Disini membuatkan saya seolah-olah menjadi orang surau walaupun pada usia awal 20an. Saya telah tertarik untuk terus menyumbang masa dan tenaga walaupun bukan harta kerana kemampuan yang terhad untuk terus memakmurkan surau tersebut.

Saya teringat beberapa tahun sebelum arwah abah kembali kerahmatullah pada 1986 beliau telah menjadikan rumah kami sebagai surau dimana kami anak beranaklah yang bersolat di situ. Cuma setiap minggu ada ustaz yang dibawa khas untuk mengajar dan beliau akan memanggil jiran dan taulan untuk bersama-sama menuntut samada ilmu feqah mahupun tauhid. Beliau bukanlah seorang yang alim namun kemahuan pada Islam itu memang patut dicontohi dan tanpa sedar saya telah berjinak dengan tugas menjaga surau ketika mula memasuki sekolah berasrama. Ketika itu saya berada di tingkatan satu saya dilantik menjadi AJK Surau walau pun masih ada 98 orang pelajar yang lain saya telah dipilih bersama seorang sahabat lain. Ketika mamasuki Tingkatan Empat saya telah bertukar kesekolah harian dan disana juga saya telah dilantik untuk menjadi Pengerusi Surau sekolah.

Surau adalah tempat yang paling sesuai untuk kita menghadirkan diri kerana ia juga merupakan rumah Allah dan sekiranya kita suka kerumah Allah insayAllah maka kita kejalan yang betul. Walaupun begitu bukanlah semua yang kesurau itu adalah orang yang alim, namun begitu kita tetap perlu bersangka baik moga orang lain juga berbuat begitu pada kita...

No comments: